MINYAK ZAITUN AMALAN SUNNAH

MINYAK ZAITUN AL HIKMAH



       Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

                 Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya,
                kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.

                                   (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)



Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:


...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...


BUAH ZAITUN





APA ITU BUAH ZAITUN  ?


Zaitun  adalah merupakan sejenis species daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir.Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di GREECE. Bagaimanapun, SEPANYOL dan ITALI merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar.


Seperti pokok kelapa, setiap bahagian pokok zaitun ada kegunaan kepada manusia. Sememangnya zaitun ialah satu lagi anugerah alam ciptaan Allah yang amat bermanfaat kepada kesihatan kita. Ini telah diakui dunia perubatan.



"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina ".  (Surah at Tiin ayat 1 dan 2).
 
Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun.
Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

 
MINYAK ZAITUN AL HIKMAH

APA ITU MINYAK ZAITUN???
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya
 



JENIS-JENIS MINYAK ZAITUN
1. Extra Virgin Olive Oil
Minyak ekstra virgin oil berasal dari hasil perasan pertama buah zaitun. Minyak zaitun ekstra virgin mengandung jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, tidak ada bahan kimia tambahan, bening, lembut, bertekstur, rasanya unggul, dan tingkat asam oleat-nya kurang dari 1%. Minyak ini sangat berharga karena kesempurnaan dan keseimbangan antara rasa, aroma, warna, dan tingkat keasamannya. Minyak ini bisa digunakan untuk memasak, salad dressing, atau dicelupkan pada roti secara langsung.

2. Virgin Olive Oil
Minyak ini diperoleh dari hasil produksi dan pengolahan tahap kedua buah zaitun, memiliki tingkat keasaman yang kurang dari 2%, rasanya bagus dan lebih intens. Minyak ini juga bisa digunakan untuk memasak, salad dressing, dan lainnya.

3. Pure Olive Oil
Minyak ini merupakan campuran dari refined olive oil dan virgin olive oil, mengandung sedikit vitamin E, tingkat keasamannya kurang dari 2%, kandungan nutrisinya lebih rendah, harganya pun lebih murah. Tidak cocok bila digunakan untuk salad dressing, tapi lebih cocok jika digunakan untuk memasak dengan suhu tinggi.

4. Pomace Olive Oil
Minyak jenis ini merupakan grade paling rendah dari minyak zaitun. Dihasilkan dari residu minyak yang tersisa di pomace zaitun. Dicampur dengan berbagai variasi jumlah virgin oil agar bisa diterima oleh konsumen. Biasanya digunakan untuk memasak dengan suhu tinggi.

5. Lite Olive Oil
Lite olive oil hanya mengandung sejumlah kecil virgin oil. Rasa dari minyak ini ringan dan warnanya pun cerah. Jumlah kalori dan lemak yang terkandung sama dengan semua minyak zaitun. Kualitas dari minyak zaitun jenis lite olive oil ini rendah.

MINYAK ZAITUN AL HIKMAH


KHASIAT MINYAK ZAITUN
1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah: Disapu di wajah sebelum tidur:

2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur. Sapu pada jerawat dan parut.

3) Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit: Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur:

4) Leukimia: Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

5) Kanser: Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak: kepala, kanser payudara: payudara dsb...

6) Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

7) Masalah penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut): Sama seperti di atas.

8) Gangguan jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

9) Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

10) Anti semua kanser,sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama...(pernah tengok channel masak afc astro: semua minyak zaitun!!!!)

11) Urut: Minyak urut utama. Elok dicampur dengan ma' warad atau air mawar!!!

12) Melebatkan rambut: Dijadikan minyak rambut utama: Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama nabi saw!!!! Antara sifat nabi adalah rambutnya sentisa berminyak (dengan minyak zaitun)!!!

13) Tenaga batin yang power dan membantu melicinkan proses persetubuhan.... Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur di dalam masakan. Disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan


 
 
 

Comments

Popular Posts